Thursday, 13 September 2012

KaWaN vs KeNaLaN

Assalamualaikum ;]

ok. sekarang ni, aku nak cuba cara baru. aku nak cerita apa yang aku rasa, apa aku nampak, fikir, buat, setuju, tak setuju. eh, memang asalnya nak buat macam tu pun.haha. tapi takde isu. ah. ape-ape la. 

first, aku nak cakap pasal kawan. Jujur aku sendiri bukan kawan yang baik. aku tahu. tapi, aku selalu cuba untuk jadi kawan yang baik.ini betul. satu benda aku belajar dari seorang kawan dekat Palam dulu. beza antara KAWAN dengan KENALAN.

kalau kau tahu nama dia, asal mana, jumpa senyum, kalau rajin, say HI. 

tu kau rasa kawan ke kenalan?

kalau kau tahu dia suka apa, dia tak suka apa, perangai buruk dia apa, keistimewaan dia apa, alah, luar dalam kau tahu la senang kata. tapi, bila kau ada masalah, dia takde, lesap, hilang macam tu je.

tu di kira kawan ke kenalan?

kalau kau nampak tercicir, tertinggal sorang2 dekat belakang, tapi dia terus jalan dengan sahabat handai dia saja.




tu kau anggap kenalan atau kawan?

tapi kalau kau baru kenal dia, bila kau jalan sorang, dia ajak jalan sama, kalau kau demam, dia bagi kau panadol percuma, belikan kau nasi tengah-tengah malam untuk makan ubat.

tu kau panggil kawan ke kenalan?

kalau dia suruh kau buat benda yang kau tahu dia pun tahu kau segan nak buat.

tu agaknya kawan ke kenalan?

kalau dia tahu kau pemalas gila tomato, tapi dia ajak jugak kau sampai kau buat sebab benda tu baik untuk kau.

kau fikir tu kenalan ke kawan?

hmmh, boleh nampak tak sekarang apa yang aku nak cakap sekarang ni?
aku memanag tak tahu macam mana nak definisikan atau buat perbezaan spesifik antara KAWAN dengan KENALAN. tapi, macam ni je la yang aku boleh tolong. 

so, lepas ni, renung-tenung la apa yang aku try nak bagitahu kat atas tu.
boleh la lepas ni buat ujian saringan BFF korang. hahah. joke je.
lepas tu, bolehlah buat pilihan, kita nak jadi KAWAN atau KENALAN semata kepada si dia.

ok la. cukop dah tu. panjang benau eh aku tulis. thank you SAYANG sebab baca ;]

2 comments:

.AtiqahZulaikha. said...

fes time dgr pemalas tomato

Rossales said...

Bahasa sayurkan sopan. Hahah