Thursday, 20 September 2012

SeLf SeRvIcE

Assalamualaikum ;]

oh. hai awak :)

ok. dulu tadika cikgu dok ajar eja baca kira. hari-hari nyanyi lagu ABC. 
cikgu fokus dekat setiap sorang murid. makcik tukang masak pon join mengajar sekali.
mana nak cari tadika macam tu kalau bukan tadika kemas boundary. hahaha

sekolah rendah. cikgu ajar tambah tolak bahagi darab, macam mana nak bagi pokok hidup, belajar sembahyang, berzanji, mengaji. Ade jugak cikgu yang suka bagi hadiah kalau dapat jawab, cepat jawab, SUKA jawab. 

sekolah menangah. cikgu asyik cakap usaha sendiri. kalau nak berjaya, mesti usaha untuk berdiri  dengan kaki sendiri. Hakikatnya, cikgu masih suap suam-suam kuku. even tak berapa nak suap, ada la jugak hulur-hulur.. hahah. cikgu masih tolong banyak.

asasi. lecturer pon tak suka spoon feeding, hand/ leg feeding. :O LOL. sape suka belajar, rajin-rajin la jumpa lecturer. bertuah betol dapat miss or sir yang supporting habis. bahan belajar boleh dikira complete kot. addition on some topic is just a minor changes during learning process

varsiti. maksud aku, belajar sebagai mahasiwa/i dalam universiti. real one. PERGH. self-oriented study yang gile2 punye self service lah pendek kata. maybe ada small group for discussion. tapi hakikatnya, everything must be done by yourself. kalau kau join discussionSss tapi dengan zero knowledge, sama je macam kau join perang yang orang lain semua bawak tombak lembing segala bagai tapi kau dengan tangan kau yang kosong je. mengharapkan penumbuk, tendang yang tak berapa nak padu tu. uhh, kunonya tools aku. fine, kalau kau nak bawak senapang m16-a4-assault riffle ke, ikut bajet negara la ye. hahah. 

oh. ok la. nampak tak apa yang patut korang nampak? tak nampak? GGRR.. -.-''

sekarang ni, aku, kau, ko, hang, awok, awak, you mesti belajar untuk urus diri sendiri. Berdikari. Sedar kemampuan diri. Kalau rasa kurang, tambah. kalau terlebih, kurangkan. Usaha. Jangan hirau orang nak kata kau nerd or kuno mundur, gelabah kangkung ke.. yang penting kita berusaha membangunkan diri demi DIRI, parents, anak bangsa, agama dan negara. Yang paling penting, kita kena bertanggungjawab atas amanah yang Allah dah bagi pada kita. You are chosen for what you are doing right now. Every path yang Allah had destined for us is always the best for us and others. Believe His plan for us. try not to mengeluh. 



dear friends and family, doakan la aku mampu untuk memikul tanggungjawab ni. 
do support me.
thank you and good luck for all of you
who are willing to improve our self-esteem, self management and JATI DIRI.
let's do it together.
:D
sori for broken english. [^_^]Y

Saturday, 15 September 2012

KaLaU BeTuL SaYaNg

Assalamualaikum ;]

Ok. Today, we are going to discuss on a topic that really light and simple which is kalau betul sayang.


Kalau betul kita sayang orang, mesti la kita akan cuba sedaya upaya untuk buat dia gembira bila dia sedih, buat dia bersemangat bila dia down. doakan dia sentiasa selamat dan sihat. kan? kan? 

kalau betul kita sayang sesuatu benda, contoh macam kasut, gadget, or any possible thing yang boleh menjadi barang kesayangan kita lah pendek kata. kita mesti akan jaga ia dengan rapi, baiki ia kalau rosak, alert bab2 maintainance ia. kita akan berhasrat lifespan ia akan panjang.

let say, kalau betul la kita sayang parents kita. kita akan cuba untuk cari pasal semaksimum mungkin or cuba pastikan kita  tersakitkan hati diorang  seminimum  mungkin?
haa, jawab la sendiri.

other situation. kalau betul sayang kawan kita. kita akan join tak sesiapa pun kutuk, pulau, manipulate kawan kita? it supposed to be kita bela kawan kita kalau dia betul DAN mohon maaf bagi pihak dia kalau memang dia bersalah dalam sesuatu hal tu. kan? then, try to advice him or her.

sama la jugak kat sini. kalau betul kita sayang diri sendiri, kita kena la cuba untuk berubah, have some faith in ourselves, valued ourselves, have self-respect. ye, tu yang aku belajar beberapa hari lalu. Bukan suruh riak tapi nak suruh hargai diri. Bukan nak suruh jadi self-fish tapi nak mintak utamakan diri sedikit demi yang tersayang. eh? Oooo.. family la. pike lain lettew. -.-'

ok la. aku pon xsure apa yang aku tulis ni saling berkait atau tak. tapi itu la pada aku apa yang patut kita faham dalam kehidupan seharian ni. nampak simple, tapi selalu kita silap. kita patut tahu dan bertindak dengan tindakan yang paling wajar dan terbaik KALAU BETUL kita SAYANGkan sesuatu tu. 

thus, enjoy your life and cherish each and everyone or thing around you before it's too late. 
better late than never is true but never be late is better. so, keep up the good  moods and start to think glorious things that we can achieve when we are still able to make a change.

that's all from me. kalau betul sayang aku, baca atas tu! hahah. acah laa ;p

Thursday, 13 September 2012

KaWaN vs KeNaLaN

Assalamualaikum ;]

ok. sekarang ni, aku nak cuba cara baru. aku nak cerita apa yang aku rasa, apa aku nampak, fikir, buat, setuju, tak setuju. eh, memang asalnya nak buat macam tu pun.haha. tapi takde isu. ah. ape-ape la. 

first, aku nak cakap pasal kawan. Jujur aku sendiri bukan kawan yang baik. aku tahu. tapi, aku selalu cuba untuk jadi kawan yang baik.ini betul. satu benda aku belajar dari seorang kawan dekat Palam dulu. beza antara KAWAN dengan KENALAN.

kalau kau tahu nama dia, asal mana, jumpa senyum, kalau rajin, say HI. 

tu kau rasa kawan ke kenalan?

kalau kau tahu dia suka apa, dia tak suka apa, perangai buruk dia apa, keistimewaan dia apa, alah, luar dalam kau tahu la senang kata. tapi, bila kau ada masalah, dia takde, lesap, hilang macam tu je.

tu di kira kawan ke kenalan?

kalau kau nampak tercicir, tertinggal sorang2 dekat belakang, tapi dia terus jalan dengan sahabat handai dia saja.




tu kau anggap kenalan atau kawan?

tapi kalau kau baru kenal dia, bila kau jalan sorang, dia ajak jalan sama, kalau kau demam, dia bagi kau panadol percuma, belikan kau nasi tengah-tengah malam untuk makan ubat.

tu kau panggil kawan ke kenalan?

kalau dia suruh kau buat benda yang kau tahu dia pun tahu kau segan nak buat.

tu agaknya kawan ke kenalan?

kalau dia tahu kau pemalas gila tomato, tapi dia ajak jugak kau sampai kau buat sebab benda tu baik untuk kau.

kau fikir tu kenalan ke kawan?

hmmh, boleh nampak tak sekarang apa yang aku nak cakap sekarang ni?
aku memanag tak tahu macam mana nak definisikan atau buat perbezaan spesifik antara KAWAN dengan KENALAN. tapi, macam ni je la yang aku boleh tolong. 

so, lepas ni, renung-tenung la apa yang aku try nak bagitahu kat atas tu.
boleh la lepas ni buat ujian saringan BFF korang. hahah. joke je.
lepas tu, bolehlah buat pilihan, kita nak jadi KAWAN atau KENALAN semata kepada si dia.

ok la. cukop dah tu. panjang benau eh aku tulis. thank you SAYANG sebab baca ;]