cUbA uBaH

Assalamualaikum ;]

ok. today i want to emphasis on a phrase, 'trying to change'.

1. trying to change to a better child. banyak yang boleh kita improve dalam bab ni. contoh, cuba untuk faham apa kehendak sebenar parents rather than just ikut je apa yang dipertuturkan mak ayah kita. Kadang-kadang kita tak perasaan apa yang mak ayah kita cakap dekat kita tu mempunyai makna yang lebih mendalam dan lebih spesifik untuk kita. contoh, mungkin mereka bagi keizinan untuk kita buat sesuatu tapi mereka bagi ulasan lebih sikit selepas tu. haa, hint die kat situ. be alert babe! Aku tahu, benda ni susah nak buat. takpe, try slowly untuk rapat dengan parents masing-masing. Benda ni kita akan mudah perasan kalau kita selalu spend lebih masa dengan mak abah kita. 

2. trying to change to a better person. ni takyah aku cakap, semua pon faham. yang ni macam yang selalu aku tulis, kurangkan mana yang lebih, lebihkan mana yang kurang. benda ni memang nampak senang, tapi memerlukan azam yang kuat. macam aku, hasrat di hati nak stay up sikit sampai 12 malam pon jadi lah, tapi bile tepat pukul 10/10.30 mata macam kena gam uhu. haa, nampak tak betapa susahnya benda ni. hahahha. tensen aku. 

3. trying to change to a better MUSLIMin/at. haa, ni paaaaaaaaaaaaaaaaaling terpaling sangat payah. Aku kalau bab ni, memang segan nak ngaku. tapi hakikatnya benda ni sebenarnya senang kalau dilakukan dengan ikhlas dan tawadu'. aku selalu takut untuk buat benda ni. boleh ke aku jadi macam tu? boleh ke aku istiqamah? semua tu akan bermundar-mundar dengan seronoknya kat otak    
bila aku mula fikir pasal benda ni. tapi Alhamdulillah. aku mula sangat perlahan dulu. itu pun menggigil tangan aku nak buat. serius. aku tak sangaka sampai macam tu sekali yang aku rasa. masa nak beli benda tu pon, hati aku berdebar. macam-macam aku fikir. tapi, aku pejam mata, aku buat jugak. aku fikir, kalau aku tak mula sekarang, sampai bila aku nak berdiri di takuk lama yang sememangnya aku tahu dalam bukan the best condition a muslim supposed to be. hmm, tu lah pengalaman aku untuk hari ni. eh, pelik ayat aku. ah, biar. -.-Y

Abah selalu cakap, dalam hidup ni memang selalu akan ada tembok yang menyembunyikan seribu kebaikan dari kita. tugas pihak kita adalah untuk pilih sama ada melepasi tembok tu atau kekal di tempat yang sama sehingga akhir hayat. kita takkan tahu apa yang ada di sebalik tembok tu selagi kita tak mencuba untuk menyeberang tembok tu. tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di? entah aku xigt. 


so, doakan la semoga kita semua akan kuat untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri demi diri, keluarga, nusa bangsa, agama dan negara. 
inshaALLAH..


haa, namapak tak apa yang aku cuba nak sampaikan? cuba tengok gambar atas nih. tu hint tuh. hahaha. kalau tak faham gak, jumpa aku. HAHA  [^_^]Y 
ok. bye. 

Comments

Popular posts from this blog

#8 LEGO

#2 LEGO

#1 LEGO